fbpx

Selena Gomez ‘unfollow’ Instagram Zayn Malik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi Selena Gomez tidak lagi mengikut beberapa akaun media sosial selebriti termasuk Zayn Malik.

PENYANYI dan pelakon Selena Gomez menuai tanda tanya netizen selepas didapati tidak lagi mengikuti (unfollow) akaun media sosial beberapa selebriti, termasuk Zayn Malik.

Tindakan Gomez disedari peminatnya apabila semakan yang dibuat mendapati dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram Malik, selepas baru beberapa bulan mereka saling mengikuti antara satu sama lain.

Sebelum itu, timbul khabar angin mendakwa Gomez dan Malik sedang hangat menjalinkan hubungan cinta, namun kedua-duanya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara tersebut.

Bukan hanya Malik, penyanyi Love You To Lose Me itu juga bertindak tidak lagi mengikuti akaun Instagram beberapa selebriti lain antaranya Justin Bieber, Gigi Hadid, Bella Hadid dan Dua Lipa.

Sehingga kini, tidak diketahui alasan selebriti berusia 31 tahun itu bertindak memutuskan hubungan sosial dengan rakan artis terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI