fbpx

KKM kongsi tip simpan daging korban cara betul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dalam melakukan penyimpanan daging korban di musim perayaan ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook KKM, memberitahu, orang ramai perlu menyimpan daging korban dengan cara yang betul bagi mengelakkan daripada tercemar.

“Musim perayaan ini, penyimpanan daging korban yang betul perlu dititikberatkan untuk mengelakkan daripada dicemari kuman, bendasing dan bahan pencemar yang lain.

Tambahnya, ada beberapa tip simpan daging korban dengan cara yang betul.

“Antaranya jangan masukkan terus daging bersama plastik yang tidak bersih ke dalam peti sejuk. Kemudian, buang bendasing yang terlekat pada daging seperti daun pisang, pasir dan serpihan kayu.

“Asingkan simpanan daging dengan bahan makanan sedia dimakan seperti ais krim supaya mengelakkan pencemaran silang berlaku. Seterusnya, potong daging kepada bahagian lebih kecil dan masukkan ke dalam bekas plastik berpenutup di rumah.

“Letak di bahagian sejuk beku yang suhunya sama atau kurang dari suhu sejuk 18 darjah Celsius.

“Paling penting pastikan daging korban disimpan dalam keadaan bersih pada suhu yang bersesuaian bagi mengekalkan kualiti daging serta amalkan lihat, hidu dan rasa sebelum makan.

“Umat Islam yang menerima daging korban disaran mematuhi saranan penyimpanan daging korban yang betul bagi mengekalkan kualiti, kebersihan dan kesegaran sepanjang tempoh penyimpanan,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI