fbpx

‘Yas’ rela diri dibenci peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elfriena Adros

Dunia hiburan ketika ini dibanjiri dengan pendatang baharu yang mana rata-rata mereka merupakan golongan muda. Tidak terkecuali gadis Pesona Ahad minggu ini, Elfriena Adros yang mahu mencari rezeki dalam bidang tersebut menerusi bakat lakonannya.

Gadis berusia 23 tahun itu memulakan langkah sebagai pelakon tambahan menerusi drama popular, Perempuan Itu yang ditayang di sebuah stesen televi­syen swasta baru-baru ini.

Sejak itu, Elfriena tidak mahu berlengah lagi dan berazam untuk bekerja keras dengan menim­ba ilmu bagi memantapkan lagi kemahiran berlakon.
Kepada Kosmo! Ahad, anak kelahiran Pulau Pinang ini berkongsi cerita termasuk latar belakang dirinya.

KOSMO! AHAD: Ba­gaimana boleh terjebak dalam lakonan?
ELFRIENA: Saya menyertai kelas lakonan dan pengarahan ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM). Dari situ, saya banyak belajar dan timbul minat untuk berlakon.

Apakah watak i­daman Elfriena?
Saya suka watak berat se­perti Khalish yang dibawa pelakon cantik, Mimi Lana dalam Perempuan Itu. Bukan senang untuk memainkan emosi kecewa ditipu suami. Saya juga sukakan watak antagonis seperti perampas, bengis dan kasar. Membawa watak antagonis pastinya mencabar kerana pasti dibenci penonton. Itu bermakna lakonan tersebut berkesan.

Apakah cabaran terbesar dalam dunia lakonan?
Untuk membina nama dalam industri, pelbagai cabaran ditempuh bagi menempatkan diri dalam dunia lakonan. Saya harap agar diberi peluang untuk mewarnai dunia lakonan yang penuh warna-warni.

Bagaimana dengan pe­nerimaan pelakon senior terhadap Elfriena?
Alhamdullilah, semua pelakon senior yang saya jumpa memang baik. Walaupun terkenal, mereka tidak memandang rendah keupayaan pelakon baharu seperti saya, malah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar antaranya Mimi Lana, Eman Manan, Aleeza Kassim dan ramai lagi.

Pandangan Elfriena tentang industri hiburan masa kini?
Industri hiburan sekarang diwarnai dengan ramai pendatang baharu berbakat. Jus­teru, saya perlu tingkatkan mutu dan kemahiran lakonan demi mengukuh­kan nama dalam industri lakonan agar sebaris dengan pelakon-pelakon yang berjaya.

Siapa pelakon lelaki yang mahu digandingkan? Kenapa?
Syukri Yahya kerana dia seorang pelakon versatil.

Kriteria yang perlu ada kepada pelakon baharu?
Peramah, menghormati tidak kira sesiapa pun dan kena ada sifat merendah diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI