fbpx

Sembilan sekeluarga dihanyut kepala air dari Felda Lepar Hilir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizah (dua dari kiri) dan Muhammad Zulqarnain Haikal (kiri) yang ditemui mati dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Identiti sembilan daripada 10 mangsa yang dikhuatiri lemas ekoran tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, di sini, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa merupakan sepasang suami isteri bersama tujuh anaknya berasal dari Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan, Pahang.

“Selepas pengecaman mayat dilakukan oleh waris, mayat pertama ditemui dikenal pasti sebagai Azizah Eiyi, 40, manakala mayat kedua merupakan anaknya iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya masih mengenal pasti identiti sebenar seorang lagi mangsa lelaki.

“Operasi pencarian dihentikan sementara dan akan disambung esok pagi berikutan cuaca buruk ekoran hujan lebat dan membahayakan pasukan penyelamat,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua mangsa ditemui meninggal dunia manakala lapan lagi dikhuatiri dihanyutkan kepala air ketika berkelah di jeram tersebut, petang semalam.

Mayat Azizah ditemui di tebing Kampung Pasir Gajah kira-kira pukul 12.45 tengah hari iaitu 24 kilometer dari lokasi mereka berkelah manakala mayat anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal pula ditemui kira-kira pukul 5 petang tiga kilometer dari lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI