fbpx

Semoga haji kamu diterima – Abdul Rahman Al-Sudais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman mendoakan jemaah haji sebelum mengimamkan solat Isyak di Masjidilharam malm tadi. Foto oleh HARAMAIN SHARIFAIN/ KOSM!

MEKAH – Presiden Masjidilharam dan Masjid Nabawi, Shaik Abdul Rahman Al-Sudais semalam mendoakan agar haji yang dikerjakan oleh semua jemaah pada tahun ini diterima Allah SWT.

Abdul Rahman, 63, membuat permintaan itu sebelum mengimamkan solat Isyak di hadapan jemaah yang berhenti seketika daripada melakukan tawaf wada’ (selamat tinggal) dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.

“Wahai orang yang bersembahyang, semoga kamu semua berada di dalam rahmat, dilimpahi ketenangan dan menjadi orang yang dipelihara serta dikasihi oleh Allah SWT.

“Semua segala amal soleh jemaah diterima oleh Allah SWT,” katanya sebelum mengangkat takbiratul ihram.

Terdahulu, Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al-Saud, Putera Mahkota, Mohamed dan semua kakitangan haramain di atas kejayaan mengendalikan musim haji 1444H. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI