fbpx

Video tular Perodua Kancil pandu lawan arus di Gombak disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial hari ini.

GOMBAK – Polis sedang menyiasat video tular memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang memandu lawan arus di Batu 6, Jalan Gombak menghala Greenwood, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular yang berdurasi 24 saat itu kira-kira pukul 3 petang.

Walau bagaimanapun, ujarnya, Perodua Kancil berwarna merah itu tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya.

“Hasil siasatan awal mendapati pemilik akaun media sosial tersebut merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun.

“Dia memuat turun video tersebut daripada akaun media sosial pengguna lain dan penama memuat naik semula video tersebut menggunakan akuan media sosialnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 48 (1) APJ 1987.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd. Nor di talian 017-6645812 atau 03-61262222,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI