fbpx

Gagal seludup kosmetik RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPM merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai hampir RM50,000 yang cuba diseludup ke daerah Semporna melalui Laut Pulau Larapan semalam. - Foto IHSAN PPM

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai barangan kosmetik bernilai hampir RM50,000 yang cuba diseludup ke daerah ini melalui Laut Pulau Larapan semalam.

Semua barangan berkenaan dirampas hasil pemeriksaan anggota PPM Semporna selepas mengesan pergerakan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan pada pukul 8.50 malam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, ketika bot ronda PPM Semporna menjalankan rondaan Op Taring Gelora mengesan pergerakan sebuah bot laju yang mencurigakan dan cuba menahan bot berkenaan.

“Tetapi bot itu bertindak memecut ke kawasan perairan cetak Laut Pulau Larapan.

“Bot ronda PPM terus mengekori dan menemui bot laju tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI