fbpx

Rupa cantik, tetapi pengotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadan bilik tidur yang bersepah serta sinki yang penuh dengan sisa makanan serta pingang mangkuk tidak dicuci.

PETALING JAYA – “Tuala wanita merata-rata, sampah dibiarkan dalam rumah, sinki pula penuh dengan pinggang mangkuk tak bercuci.”

Itu antara luahan seorang pemilik ‘homestay’ (inap desa) di laman Facebooknya apabila rumahnya bersepah dan kotor angkara seorang penyewa wanita yang mendiami kediaman tersebut selama tiga bulan.

Jelas pemilik yang dikenali sebagai Irwan Nurul, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak dia mengusahakan inap desa hampir tiga tahun.

“Guest (tetamu) kami perempuan dan cantik orangnya. Dia menyewa selama 3 bulan dan hari ini (kelmarin) beliau ‘checkout’ (daftar keluar).

“Untuk 3 bulan ini, kami menyediakan perkhidmatan cleaning (pembersihan) sebulan skali. Ini untuk keselesaan tetamu dan juga untuk melihat keadaan rumah.

“Setiap kali buat kerja pembersihan, keadaan unit kami agak teruk, sampah merata-rata, pinggan tak dibasuh. Mau sebulan tak basuh pinggan.

“Sinki penuh sisa makanan, jadi kami berikan teguran kali pertama dan bila pembersihan kali kedua dilakukan keadaan hampir sama,”luahnya.

Kata pemilik lagi, walaupun sudah ditegur, namun penyewa itu tidak memberi kerjasama dan tetap dengan ‘perangai’ buruknya.

“Sebelum ‘daftar keluar’, sekali lagi kami berikan arahan dan sekali lagi kami ingatkan supaya tinggalkan rumah seperi keadaan ketika dia ‘check in’ (daftar masuk).

“Tapi bila kami masuk untuk buat pembersihan keadaan rumah tak seperti yang kami harapkan. Keadaan sangat teruk, sampah merata-rata.

“Pinggan penuh di sinki, sisa makanan di dalam sinki, sisa makanan di dalam peti ais. Tuala wanita dan sampah tak di buang, sedih tengok keadaan rumah,” katanya.

Ujar pemilik itu lagi, dia terpaksa mengeluarkan kos untuk kerja-kerja membersihkan semula inap desanya itu bagi keselesaan tetamu yang akan datang.

Bagaimanapun, dia mendapat sedikit pampasan kerana inap desanya berdaftar dengan sebuah aplikasi dan pengendali aplikasi itu juga telah menyenarai hitamkan penyewa tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI