fbpx

PRN: Muda diminta pertimbang semula keputusan bertanding solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar (tengah) bergambar di program penyerahan lembu korban Parlimen Tambun sempena Hari Raya Aidiladha di Kompleks Mapim Baitul Ridzuan Manjoi Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) diminta mempertimbangkan semula keputusannya untuk bertanding solo di dalam enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, ini kerana Muda merupakan parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Keputusan Muda perlu dihormati oleh semua pimpinan namun saya harap Presiden Muda akan mempertimbangkan keputusan itu kerana Muda sebahagian daripada parti yang menyokong kerajaan perpaduan.

“Sebab itu kita minta supaya pertimbangkan semula kerana (parti) Kerajaan Perpaduan akan bertanding dalam PRN,” katanya ketika ditemui pemberita pada program penyerahan lembu korban Parlimen Tambun sempena Hari Raya Aidiladha di sini hari ini.

Sebelum ini, Muda mengumumkan akan bertanding PRN atas kekuatan parti mereka sendiri tanpa bergabung dengan parti-parti politik yang besar.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan untuk bertanding secara bersendirian itu dibuat selepas mendapat sokongan daripada ahlinya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI