fbpx

Raaji Silk Palace terima dua anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Raaj Silk Palace, Datuk Mohamed Ali JInnah (tenga) menerima anugerah pada Knights Award di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Raaji Silk Palace, rangkaian terbesar tekstil India di Malaysia telah menerima dua anugerah dalam majlis Knights Award iaitu Top Corporate Award Of The Year dan juga Fastest Growing Brand ekoran sumbangan menggalakkan syarikat dalam industri semasa.

Syarikat yang mula beroperasi sejak tahun 1997 dan memiliki 20 cawangan sehingga kini menawarkan pelbagai koleksi pakaian India bermutu tinggi  daripada segmen tradisional hinggalah kepada segmen kontemporari.

Ia menjadi pusat pilihan peminat dan pelanggan untuk mendapatkan pelbagai koleksi pakaian India terbaik termasuk tekstil pelbagai jenis serta saree, salwar kameez, lehengas dan juga aksesori.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, Raaji Silk Palace berbangga dengan pencapaian tersebut dan akan terus komited untuk mencatat kejayaan lebih cemerlang pada masa depan.

“Kami akan berusaha untuk mengukuhkan perniagaan teras kami dengan menawarkan koleksi eksklusif pakaian India terbaik kepada pasaran dan memastikan pelanggan memperoleh manfaat pengalaman membeli-belah dengan menjangkaui permintaan ke hadapan pelanggan  sekali gus menambah nilai kepada industri ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI