fbpx

[VIDEO] Jenazah Koperal Udara (U) Mohd. Syuib selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengebumian Jenazah Mohd. Syuib mengikut istiadat TUDM di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapor, Binjai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Jenazah Koperal Udara (U) Mohd. Syuib Bidin yang terkorban dalam insiden letupan bom sewaktu sesi latihan
di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan semalam selamat dikebumikan sebentar tadi.

Upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kapor, Binjai di sini selesai pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Terdahulu, jenazah Mohd. Syuib yang diterbangkan menggunakan Helikopter EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kem Empat Rejimen Artileri Diraja Gemas, Negeri Sembilan tiba di pekarangan Kolej Vokasional Kemaman di sini pada pukul 10.40 pagi.

Jenazahnya dibawa ke Masjid Jamek, Binjai di sini untuk disolatkan sebelum dikebumikan mengikut istiadat pengebumian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Asisten Ketua Staf J3 Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Nur Hafis Abdul Karim menyerahkan Jalur Gemilang kepada Nur Faziera pada penghujung istiadat pengebumian tersebut.

Nur Faziera yang merupakan ibu dua anak berusia 16 bulan dan empat tahun kelihatan sugul dan sebak sewaktu menyiram air mawar ke pusara suaminya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI