fbpx

Pelatih TUDM maut cedera di muka akibat letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut semasa menjalani latihan di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, di sini, hari ini mengalami kecederaan parah di muka.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pengadu telah mendengar seorang jurulatih meminta pertolongan bantuan perubatan.

“Pengadu terus keluar dari menara tinjau dan mendapati anggota tersebut cedera di bahagian muka.

“Anggota perubatan bertugas kemudiannya membuat rawatan awal dan melihat ke dalam kawasan bunker dan mendapati seorang pelatih serta jurulatih cedera parah,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Katanya, bagaimanapun, anggota perubatan yang tiba ke lokasi kejadian mengesahkan seorang pelatih dipercayai berusia 22 tahun telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 2.54 petang daripada seorang pengadu yang merupakan anggota tentera.

“Pengadu melaporkan berhubung kematian seorang pelatih semasa Latihan Bom Grenade di Kem Syed Sirajuddin, Gemas. Dalam kejadian tersebut seorang mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Selain itu, dua orang jurulatih telah mengalami kecederaan parah. Kedua-dua mangsa yang cedera parah telah diberi rawatan awal di Hospital Tentera Darat Kem Syed Sirajuddin Gemas dan kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Segamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, polis menjalankan siasatan lanjut dengan sepasukan forensik dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan turut membantu siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Tambahnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, Markas Tentera Udara menerusi kenyataaan berkata, insiden melibatkan anggota TUDM yang sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23 yang berlaku di Tapak Latihan Grenade Asas, di lapang sasar kem berkenaan.

“Kemalangan berlaku kira pukul 12.10 tengah hari sehingga mengakibatkan seorang penuntut meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI