fbpx

Malaysia perlu lebih ramai pelaut – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loke melancarkan Kad Pelaut Digital sempena Hari Pelaut 2023 Peringkat Kebangsaan, hari ini. Foto oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Malaysia memerlukan lebih ramai pelaut tempatan pada masa depan bagi memenuhi potensi dan keperluan industri perkapalan di peringkat tempatan dan luar negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini, negara mempunyai sekitar 60,000 pelaut yang mendaftar dengan Jabatan Laut Malaysia dan jumlah itu tidak mencukupi jika dibandingkan dengan keperluan sebenar industri.

Beliau berkata, negara jiran termasuk Filipina dan Indonesia mempunyai pelaut yang ramai malah, tenaga mereka turut memenuhi keperluan industri perkapalan di luar negara.

“Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak anak-anak muda Malaysia supaya menceburi bidang pelaut ini.

“Kerjaya sebagai pelaut bukannya pilihan kerja utama dalam kalangan rakyat Malaysia kerana terpaksa keluar ke laut berbulan-bulan meninggalkan keluarga,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Hari Pelaut 2023 Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Katanya, beliau percaya jika anak muda terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi pendedahan, ia mungkin boleh menarik minat lebih ramai menyertai profesion itu.

Menurutnya, ketika ini, Malaysia tidak begitu terkenal dalam industri perkapalan dunia khususnya dalam membekalkan pelaut jika dibandingkan dengan Filipina dan Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI