fbpx

[KEMASKINI] TUDM sahkan anggota maut, dua jurulatih parah ketika latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEMAS – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan berlaku insiden kemalangan melibatkan tiga anggotanya ketika menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar, di Tapak Latihan Grenade Asas, Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin di Kem Syed Sirajuddin, di sini, hari ini.

TUDM menerusi kenyataannya berkata, kejadian tersebut membabitkan Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) Siri 78/23.

“Kemalangan berlaku sekitar pukul 12.10 tengah hari mengakibatkan seorang penuntut meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala dua jurulatih mengalami kecederaan diberikan rawatan awal di Hospital Tentera Darat Gemas dan telah dirujuk ke Hospital Segamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, TUDM telah menghubungi waris mangsa yang terlibat dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan.

“TUDM juga akan menubuhkan satu lembaga penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Semua pihak diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan dijalankan oleh PDRM selesai dan menghormati sensitiviti keluarga anggota yang terlibat,” ujar kenyataan itu.

Kosmo! Online sebentar tadi melaporkan, seorang anggota TUDM maut manakala dua jurulatih parah selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI