fbpx

Tindakan awal diambil kawal harga beras tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengambil tindakan segera bagi memastikan harga pasaran beras tempatan dalam negara sentiasa stabil dan terkawal.

KPKM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat arahan bertarikh 16 Jun lalu berhubung penetapan harga kawalan maksima jualan beras tempatan di peringkat kilang dan borong.

Katanya, melalui surat arahan tersebut, semua pemegang Lesen Kilang Padi Komersil dan Lesen Borong Beras adalah dikehendaki mematuhi harga kawalan maksima.

“KPKM ingin menegaskan bahawa harga kawalan maksima beras Super Spesial Tempatan 5 peratus (SST5) di peringkat runcit adalah dikawal pada kadar RM2.60 per kilogram (kg) seperti mana yang termaktub di dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522).

“Beras putih import pula adalah beras yang tidak dikawal harganya oleh kerajaan,” kata di sini.

Ujarnya, ketika ini harga pasaran beras putih import di peringkat runcit majoritinya masih berada di paras RM32 dan ke bawah bagi setiap beg 10 kg.

“Ini merupakan paras harga pasaran yang normal bagi gred beras putih import, dan ianya bergantung kepada permintaan terhadap beras import,” katanya.

Tambahnya, harga pasaran beras dalam negara adalah stabil memandangkan harga jualan bagi 70 peratus bekalan beras tempatan dalam negara adalah dikawal oleh kerajaan.

Kata kenyataan itu lagi, pemantauan berterusan Kawalselia Padi Beras (KPB) juga dijalankan di peringkat runcit dan borong di seluruh negara bagi memastikan harga dan bekalan beras sentiasa stabil di pasaran
negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI