fbpx

Lif rosak, rider syukur tak perlu naik tangga ke tingkat 34

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan 'rider' tersebut bersama pelanggannya.

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan sebak apabila pelanggannya sanggup memberikan makanan yang dipesan kepadanya kerana tidak mahu dia bersusah payah menaiki tangga ke tingkat 34 bagi menghantar pesanan.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Pejal_25 berkata, kejadian itu berlaku setelah dia dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa kesemua lif di kondominium tersebut sedang diselenggara.

“First order (pesanan pertama) pagi ni, sampai-sampai saja ‘guard’ cakap blok A semua enam lif tutup sebab ‘maintenance’.

“’Customer’ tak tahu yang lif tutup. Aku tunjuk bukti gambar semua yang lif betul-betul tutup. Aku ‘inform dia boleh hantar tapi lambat sikit nak naik,” katanya.

Jelasnya, setelah memaklumkan hal tersebut, dia terkejut melihat reaksi pelanggannya itu.

“Dia cakap ambil saja makanan tu, sebab dia ada ‘meeting’ tak sempatlah tunggu.

“The world full of nice people, if you can’t find one, be one (Dunia ini penuh dengan orang baik, jika awak tidak dapat menjumpainya, jadilah orang itu),” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan pelanggan berkenaan yang dianggap baik hati.

“Kadang-kadang bila jumpa orang macam ni mesti aku terfikir ada lagi rupanya manusia baik dekat dunia ini,” kata Lisa.

“Orang yang baik dan bertimbang rasa. Takkan nak panjat tingkat 30,” ujar Yellow.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 50,000 tontonan dan 2,723 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI