fbpx

Warga emas ditemui tidak bernyawa dalam kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad ditemui meninggal dunia di sebuah kebun di Kampung Tupai dalam mukim Teloi pada pagi tadi.

SIK – Seorang lelaki warga emas ditemui tidak bernyawa di sebuah kebun di Kampung Tupai dalam mukim Teloi, di sini pada pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa, Ahmad Daie, 78, dari Kampung Tupai dipercayai telah meninggal dunia sebelum ditemui penduduk kampung kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

“Anak mangsa, Azman, 45, dari Kampung Kerawai, mukim Teloi mendapat panggilan daripada orang kampung menyatakan bapanya tidak sedarkan diri semasa berada di kebun terletak bersebahan rumah mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi, anak mangsa mendapati bapanya berada dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan hasil pemeriksaan petugas kesihatan Hospital Daerah Sik (HDS) mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mempunyai sejarah penyakit hernia dan pernah membuat pembedahan serta telah mendapat dua dos suntikan vaksin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI