fbpx

Gadis bibir terbesar dunia cari cinta pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan Andrea Ivanvoa sebelum dan selepas memiliki bibir terbesar di dunia. - Foto Jam Press/@andrea88476

SOFIA, Bulgaria –  Seorang gadis yang terkenal kerana mempunyai bibir terbesar di dunia sedang mencari cinta sejati tetapi hanya untuk lelaki yang bersedia menerima penampilannya, lapor portal berita Daily Star semalam.

Andrea Ivanvoa, 25, dari Bulgaria yang juga merupakan pesohor media sosial mengaku bahawa sukar mencari cinta walaupun menerima banyak perhatian daripada lelaki di internet.

Andrea berkata, dia akan mengambil lelaki yang menerima penampilannya sebagai  kekasih.

“Jika saya mempunyai hubungan dengan seseorang dan dia memberitahu saya bahawa dia tidak selesa apabila kami berada di tempat awam, maka kami akan berpisah.

“Saya akan berasa tersinggung. Jadi, saya perlu mencari pasangan yang tidak terganggu  oleh penampilan saya.

“Saya ingin jatuh cinta dan benar-benar jatuh cinta dan bertemu pasangan yang sesuai untuk saya kerana cinta adalah perkara yang paling indah dan penting di dunia ini,” katanya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI