fbpx

Empangan Bukit Merah catat penurunan paras air 35 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAN SERAI – Paras air di Empangan Bukit Merah mencatatkan penurunan sebanyak 35.1 peratus sejak beberapa hari lalu.

Menurut hantaran di halaman Facebook rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian, paras air pada hari ini mencatatkan sebanyak 6.995 meter (22.95 kaki) iaitu berada pada status aras kritikal pengairan tahap 1.

“Empat buah stesen hujan di Kampung Sempeneh, Pantai Besar, Pondok Tanjung dan Bukit Merah juga mencatatkan tiada penurunan hujan di dalam kawasan tadahan,” katanya hari ini.

Empangan air yang tertua di Malaysia itu mula dibina pada 1902 yang mana ia terletak di pertembungan antara Sungai Kurau dan Sungai Merah di daerah Kerian.

Media sebelum ini melaporkan, JPS Kerian memohon kepada kerajaan negeri untuk mengadakan pembenihan awan di dalam kawasan tadahan sebagai salah satu usaha bagi mengelakkan paras air di empangan itu daripada terus menyusut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI