fbpx
UBAT-UBATAN terkawal boleh didapati dengan mudah secara dalam talian tanpa perlu berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan.

Beli ubat secara online sebab takut jumpa doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Faktor mudah dan takut berjumpa doktor membuatkan ramai rakyat negara ini sanggup membeli ubat-ubatan secara dalam talian sebagai jalan pintas walaupun prosduk tersebut dijual pada harga yang tidak masuk akal.

Lebih menghairankan, keba­nyakan ubat-ubatan yang dijual secara online itu tersenarai dalam Kategori B Akta Racun 1952 yang mana ia tidak boleh dibeli tanpa preskripsi doktor.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, antara ubat yang dicari orang ramai adalah untuk tujuan kecantikan termasuk langsing, gugur janin dan mencegah kehamilan.

Menurut Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM), Nur Namira Mahmad, pengambilan ubat terkawal yang dijual secara online tanpa konsultasi dan preskripsi doktor bertauliah boleh membawa mudarat kepada diri sendiri.

“Ubat ini mempunyai kesan sampingan, jika dibeli secara online, tidak ada orang yang boleh pantau jika ada kesannya,” kata­nya ketika dihubungi.

Menurutnya, individu yang mengambil ubat tanpa pemantauan pakar juga bakal berdepan risiko kerosakan buah pinggang.

“Ramai yang tidak tahu pemberian dos ubat adalah berbeza mengikut pesakit. Ada beberapa jenis ubat yang dosnya bergantung pada indeks jisim badan (BMI) seseorang.

“Selain itu, ada juga risiko kontraindikasi sekiranya pesakit mengambil ubat terlarang, tetapi masih lagi mengambil ubat-ubatan yang lain.

“Sebagai contoh, pengambilan ubat terlarang ini boleh mendatangkan mudarat jika pesakit mengambil ubat merawat pe­nyakit jantung atau tekanan darah tinggi,” jelasnya.

Mengulas mengenai keberkesanan ubat secara online, Namira tidak menafikan misalnya pil kurus dapat membantu menurun­kan berat badan, tetapi ia bergantung kepada individu.

Justeru, Namira menasihatkan pengguna agar selidik dahulu kesahihan produk sebelum membeli kerana kebanyakan ubat terkawal yang boleh didapati secara online mungkin diperoleh secara haram.

“Sekiranya berasa sangsi atau ragu-ragu dengan kesahihan sesuatu produk, orang ramai boleh melayari portal dalam talian yang disediakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk semakan status pendaftaran produk tersebut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN