fbpx

Isteri MK K-Clique rupa-rupanya anak tiri Noniswara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Datin Seri Noniswara menzahirkan rasa gembira terhadap pernikahan anak tirinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin yang selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap popular MK, Jumaat lalu.

Noniswara, 44, menerusi hantaran dalam IG’s Story turut mengucapkan tahniah kepada suami tercinta, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad kerana telah menerima menantu.

“Alhamdulillah, tahniah encik suami dapat menantu.

“Tahniah buat si manis saya, anak tiri Hajaar dan suaminya MK,” tulisnya.

Bagaimanapun, Noniswara atau nama lengkapnya Noniswara Baharudin difahamkan tidak hadir ke majlis resepsi Siti Hajaar dan MK yang diadakan di Hotel Wydnham Acmar, Klang, Sabtu lalu.

Terdahulu, MK sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin hanya dengan sekali lafaz.

Majlis yang berlangsung sederhana itu menyaksikan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302.

Siti Hajaar menerima seutas gelang tangan emas namun pasangan sama cantik sama padan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Selain itu, MK menyerahkan enam dulang hantaran berbalas jumlah sama kepada pengantin perempuan.

Majlis yang diadakan di Masjid Jami’il Huda, Ampang, Selangor dihadiri 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua pengantin selain beberapa orang pengamal media. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI