fbpx

Hajat besar PSG buat Arsenal resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA berjaya mengemudi Arsenal melakar kejutan mencabar kejuaraan EPL musim lalu sekali gus menarik minat PSG. - AFP

LONDON – Paris Saint-Germain dilapor berusaha untuk mengadakan rundingan bersama Pengurus Arsenal, Mikel Arteta bagi membawanya ke Parc des Princes sebagai pengendali baharu pasukan berkenaan.

Arteta berjaya mengemudi The Gunners menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris musim lalu di tangga kedua selepas kedudukan mereka sebagai pendahulu dalam sebahagian kempen dipintas Manchester City pada saat akhir.

Pengurus dari Sepanyol itu telah menandatangani kontrak baharu yang menyaksikannya kekal di Emirates sehingga penghujung musim 2024, namun Pengarah Sukan PSG, Luis Campos dilapor bakal mengadakan perbincangan mengenai hasrat gergasi Ligue 1 tersebut.

PSG cuba mendapatkan jurulatih baharu selepas memecat Christophe Galtier yang baharu semusim menyertai mereka dan beliau merupakan pengendali keempat dipecat oleh kelab Perancis itu dalam tempoh lima tahun.

Arteta muncul sebagai nama baharu dikaitkan dengan kerusi panas berkenaan selepas laporan menyebut bahawa rundingan bersama jurulatih idaman mereka, Julian Nagelsmann menemui kegagalan.

Biarpun sedar hasrat mereka untuk membawa keluar Arteta dari Arsenal agak sukar, Campos percaya bahawa masih ada peluang untuk mereka mengemukakan tawaran, walaupun pengurus berkenaan sedang rancang memperkuatkan pasukannya untuk menghadapi saingan Liga Juara-Juara selepas enam tahun tidak beraksi.

Selain Arteta, PSG turut menamakan Jurulatih FC Porto, Sergio Conceicao sebagai antara pilihan untuk mengemudi pasukan itu musim depan dan proses perbincangan dikatakan bakal berjalan bermula minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI