fbpx

Tunku Puan Mahkota Kedah ketuai penerima darjah kebesaran Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Puan Nur Julie dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Yang Amat Dihormati pada Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-81 di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff mendahului senarai penerima darjah serta bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-81 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Che Puan Nur Julie dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Yang Amat Dihormati (SSSK) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Penganugerahan diikuti Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali yang menerima Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Seterusnya penganugerahan Orang Besar Lapan membawa gelaran Datuk Seri Setia Diraja diberikan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Bakar Din.

Penganugerahan Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGWK) yang membawa gelaran Datuk Wira diberikan kepada Pegawai Kewangan Kedah, Datuk Isahak Murat dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Negeri Kedah, Datuk Mansor Ismail.

Bagi Darjah Gemilang Wira Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGWK) (Kehormat) membawa gelaran Datuk Wira pula dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif LSP Sdn. Bhd., Datuk J. Vijayasundram

Ia diikuti penganugerahan Darjah Dato’ Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK) membawa gelaran Datuk Pahlawan dianugerahkan kepada Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Muhamad Norazlan Aris dan Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri.

Seterusnya, anugerah Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) membawa gelaran Datuk diberikan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Noor Azman Taib dan Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim.

Sementara itu, seramai 11 penerima Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) membawa gelaran Datuk antaranya Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Datuk Md. Shuhaimie Abdul Rahman; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, Datuk Abd. Ghani Zainuddin, Pegawai Daerah Baling, Mohd. Shahadan Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo.

Sultan Kedah turut memperkenan penganugerahan Darjah Dato’ Setia Pahlawan (DDSP) membawa gelaran Dato’ diberikan kepada Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd. Nasri Omar dan Panglima Wilayah Laut Markas Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Ee Tai Peng.

Baginda turut memperkenankan penganugerahan bintang kebesaran Setia Sultan Sallehuddin (SSS), Setia Diraja Kedah (SDK), Ahli Mahkota Kedah (AMK), Ahli Setia Pahlawan (ASP), Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK), Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (PCK) dan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI