fbpx

Tidak masuk akal Mondy cacah sendiri tatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Mondy ketika menjalani proses mencacah tatu di muka sebelum ini.

PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial mula sangsi dengan kenyataan penceramah bebas, Ebit Lew yang sebelum ini mendakwa tatu yang dicacah pada badan seorang wanita gelandangan bernama Mondy Tatto dibuat wanita itu sendiri.

Malah menurut pengguna, tidak mungkin seseorang itu boleh mencacah sendiri tatu terutamanya pada bahagian sukar seperti muka dan mata dan kawasan sukar dicapai dengan tangan.

Kenyataan pengguna itu disokong oleh penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice yang berkongsi di laman InstaStorynya semalam yang memberitahu amat sukar untuk seseorang itu mencacah tatu di badan sendiri.

Jelas Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, tatu berkenaan dibuat oleh orang lain dan bukannya dicacah wanita itu sendiri.

Selain Caprice, beberapa lagi pengguna turut sangsi dengan kenyataan Ebit tersebut dan mereka mendakwa terdapat pembohongan dalam isu tersebut.

“Mondy buat ‘tattoo’ dalam mata, orang yang rabun nak pakai ‘contact lens’ pun fikir kadang nak pakai lens. Sebab nak kena betul jaga ‘hygiene’, takut kena infeksi, dia (Mondy) rilek ja,” tulis Eyda Sulaiman.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Siti Noor Baayah.

“Macam manalah dia (Mondy) buat tattoo dalam mata, tak sakit ke?,” soalnya.

Selain isu tatu, ada juga pengguna yang mendakwa bahawa tindakan Ebit membawa Mondy ke Malaysia adalah salah di sini undang-undang.

Jelas pengguna, menurut undang-undang Jabatan Imigresen, warga asing yang masuk ke Malaysia bagi tujuan lawatan sosial tidak dibenarkan bekerja atau berniaga dan boleh dipenjara atau didenda sekiranya melanggar arahan tersebut.

Pada masa sama, ada juga pengguna mendedahkan bahawa pendapatan Mondy sekitar RM10,737 (USD 2,327) sebulan berdasarkan jumlah pengikut di TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI