fbpx

5,000 penjawat awam kontrak telah diserap tetap di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) melawat ke tapak mencari pekerjaan selepas merasmikan penutup Selangor Mega Job Fair di Pusat Konvensyen MBSA di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

SHAH ALAM – Seramai 5,000 daripada 7,000 penjawat awam bertaraf kontrak telah diserap ke jawatan tetap di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini bermakna kadar penyerapan jawatan tetap tersebut adalah tinggi dengan dilakuka mengikut saranan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor (SPN).

Katanya, kebanyakan yang diserap tersebut adalah individu berpengalaman sehingga jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dan sebagainya yang sebahagian besarnya diserap oleh perjawatan peringkat persekutuan.

“Jadi, apa isunya kalau mereka sudah disahkan jawatan, mereka sewajarnya boleh mendapat siri temuduga atau pun pembangunan.

“Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun sudah tidak praktiskan perkara itu. Cuma tidak dibatalkan, itu sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Selangor Mega Job Fair di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) kesal dengan tindakan kerajaan Selangor membatalkan dasar pelantikan tetap penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat lebih 15 tahun.

Mengulas lanjut, Amirudin memberitahu, pelantikan tetap tersebut juga sudah tidak menjadi amalan di kebanyakan negeri.

“Saya ingat, mungkin ada salah faham bila kita batalkan pekeliling, ia jadi isu. Negeri lain tidak batal pekeliling, tidak laksanakan pun.

“Itu maklum balas awal, biar saya dapatkan juga (maklumat) daripada JPA. Sebab, akhirnya pentadbiran awal di peringkat negeri sebahagian besarnya adalah pentadbiran awam di peringkat persekutuan sama ada pegawai itu diambil atau posisi mereka dalam jawatan itu ditetapkan oleh JPA,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI