fbpx

3 tokoh ulama beri tausiyah di Majlis Ilmu Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ekrima (kiri) ketika hadir menyampaikan tausiyah bersempena program Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana. Foto Ihsan PEJABAT PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA – Seramai tiga cendekiawan tersohor dunia Islam berpeluang menyampaikan tausiyah atau nasihat panduan keagamaan di Kompleks Seri Perdana, di sini malam tadi.

Antaranya Imam Masjid Al-Aqsa dan juga bekas Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Ekrima Said Sabri yang hadir ke negara ini bersempena Kongres Palestin Sedunia 2023, di sini.

Turut serta ialah ulama ternama British kelahiran Mesir, Sheikh Ahmad Mohamed Saad Maliki Al-Azhari Al-Hasani dan ulama terkenal Gambia, Sheikh Muhammad Haydara Al-Jilani.

Lebih 1,000 orang memenuhi dewan bankuet kompleks kediaman rasmi itu bagi mengikuti sesi Majlis Ilmu Madani yang disampaikan oleh ketiga-tiga mereka selepas solat Maghrib.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru tiba lewat petang daripada jadual padat di Kelantan sebelum itu berkesempatan memberi ucapan aluan sebelum acara bermula.

Anwar menyifatkan tiga ilmuwan berkenaan sebagai guru peribadi banyak membimbing dirinya mengenai pengajian Islam sejajar konsep Malaysia Madani yang dicetuskannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI