fbpx

Peruntukan tambahan RM6.12 juta perkasa institusi pendidikan Islam di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan replika cek bantuan kewangan kepada wakil institusi pendidikan Islam pada Majlis Sambutan Jubli Intan di SMA Nahdhah Hasanah Melele di Kodiang, dekat Jitra hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

JITRA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM6.12 juta khusus untuk membantu institusi pendidikan Islam di negeri ini termasuk sekolah pondok, tahfiz dan masjid.

Kata beliau, bantuan tambahan itu adalah sebagai usaha untuk menyuburkan Islam serta meningkatkan lagi mutu pendidikan berteraskan Islam di negeri ini.

“Peruntukan tambahan tersebut meliputi sumbangan sebanyak RM1.985 juta kepada 28 pondok, tahfiz, maahad dan sekolah agama yang berdaftar di negeri ini.

“Selain itu, saya juga bersetuju untuk meluluskan sumbangan berjumlah RM2.94 juta untuk 588 masjid kariah di 12 daerah seluruh Kedah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele di Kodiang, dekat sini hari ini.

Katanya, sumbangan kepada 588 masjid kariah itu adalah bagi tujuan pengimarahan masjid sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan setiap masjid akan menerima sumbangan sebanyak RM5,000.

“Satu lagi bantuan tambahan adalah untuk kerja-kerja baik pulih SMA Nahdhah Hasanah Melele membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta,” ujarnya.

Menurut Anwar, peruntukan lain buat Kedah seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini adalah melibatkan RM6.4 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pendidikan bagi institusi pendidikan Islam termasuk sekolah Kelas Agama dan Far­dhu Ain (KAFA).

“Kerajaan Perpaduan juga telah luluskan sejumlah RM604,180 kepada 36 institusi pendidikan Islam bagi tujuan kursus dan latihan guru serta bantuan pendidikan seperti meja, kerusi, almari, projektor, papan putih, kabinet buku dan sebagainya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI