fbpx

Pegawai polis ditahan mabuk, pandu lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis ditahan selepas memandu dalam keadaan mabuk serta lawan arus di Jalan Cheras di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 4.10 pagi itu berlaku apabila Unit Kereta Peronda (MPV) ternampak sebuah kereta Perodua jenis Myvi memandu secara lawan arus.

Difahamkan, lelaki tempatan berusia 35 tahun tersebut telah memandu dibawah pengaruh alkohol.

Bagaiamanapun, ketika ditahan, suspek enggan memberi kerjasama dengan anggota polis dan menunjukkan isyarat jari lucah di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan penahanan suspek.

“Suspek ditahan dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksan dan 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut sedang berjalan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.