fbpx

KPM perkasa unit kaunseling, bantu pelajar tetapkan hala tuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina menjawab soalan daripada pelajar lepasan SPM pada Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkasakan lagi unit bimbingan dan kaunseling di sekolah seiring dengan isu serta cabaran baharu dihadapi pelajar termasuk melibatkan hala tuju pendidikan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pemerkasaan unit tersebut dibuat daripada pelbagai sudut termasuk memastikan lebih ramai guru menjadi kaunselor terlatih dengan kelulusan Lembaga Kaunselor.

“Kita nak lebih ramai cikgu jadi kaunselor terlatih dan kemudiannya berhadapan dengan isu serta cabaran pendidikan masa kini.

“Misalnya soal kesihatan mental, kerjaya, hala tuju murid dan juga berkaitan isu yang berkait rapat dengan pembangunan ansur maju setiap kanak-kanak ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri di sini semalam.

Kata Fadhlina, bimbingan daripada guru kaunseling terutama berkaitan hala tuju pendidikan penting dalam menangani isu keengganan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Kita sekarang sudah pergi kepada pentaksiran, jadi guru bimbingan dan kaunseling kena lagi kuat daripada segi itu supaya mereka boleh berfungsi dengan baik untuk beri panduan kepada anak-anak murid,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI