fbpx

436 projek RMK-12 bernilai RM22.17 bilion diluluskan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi meneliti maklumat pembinaan PLSB selepas melawat PLSB di Teluk Renjuna, Tumpat hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

TUMPAT – Kerajaan melalui Kementerian Ekonomi sudah meluluskan sebanyak 436 projek bernilai RM22.17 bilion bagi negeri Kelantan di bawah pelan pusingan ketiga (RP3) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, jumlah berkenaan merangkumi peruntukan keseluruhan sebanyak RM2.57 bilion.

Menurutnya, daripada jumlah peruntukan itu, sebanyak RM88.82 juta telah diluluskan bagi daerah Tumpat merangkumi 23 projek dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM1.04 bilion.

“Selain itu, sebanyak tujuh projek baharu diluluskan di daerah ini dengan kos keseluruhan RM240.4 juta di samping meneruskan projek berimpak tinggi yang diluluskan di Kelantan oleh kerajaan sebelum ini.

“Projek berimpak tinggi yang diteruskan antaranya Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kota Bharu ke Gua Musang,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Teluk Renjuna di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI