fbpx

Indonesia tagih kepakaran bekas pelumba pecut negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIZAL (kiri) bercakap sesuatu kepada para pelimba berbasikal Indonesia pada ACC 2023 di Velodrom Kebangsaan Malaysia di Nilai semalam.

SKUAD berbasikal trek Indonesia dilihat serius membangunkan pasukan mereka selepas ‘memancing’ bekas pelumba basikal negara, Rizal Tisin untuk menyertai mereka selama tiga tahun bermula 2023 hingga 2025.

Kepakarannya Rizal ditagih skuad berbasikal trek Indonesia selepas skuad Garuda mahu menyasarkan pelumba-pelumba terbaik untuk diketengahkan pada Sukan SEA Thailand yang akan berlangsung pada 2025.

Rizal berkata, skuad berbasikal trek Indonesia mempunyai misi jelas apabila bertekad untuk membangunkan bakat-bakat baharu dalam acara trek terutama melahirkan jaguh terbaik seperti Datuk Azizulhasni Awang.

Ketika ini, Indonesia telah menjadi kuasa besar dalam disiplin BMX dan berbasikal jalan raya di rantau Asia Tenggara dan sedang berusaha menjadi pencabar pingat menjelang Sukan SEA Thailand 2025.

“Rancangannya adalah untuk melahirkan pelumba trek Indonesia untuk Sukan SEA Thailand 2025. Ketika ini, di Indonesia terdapat pelumba endurance tetapi untuk mencari pelumba pecut agak sukar. 

“Sebab itu saya dipanggil untuk mencari pelumba pecut terbaik untuk diketengahkan. Untuk Sukan Sea Thailand, kami mencari cabaran Malaysia untuk memenangi pingat dalam acara individu trek,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, Rizal turut menegaskan, tiada istilah ‘derhaka’ menyertai Indonesia kerana ramai jurulatih negara pernah berkhidmat dengan pasukan negara-negara luar.

“Saya pernah menjadi jurulatih di Singapura sebelum ini, tetapi pertandingan semakin berkurangan berikutan pandemik Covid-19 dan ramai pelumba berhenti untuk mengalihkan tumpuan mereka kepada pelajaran dan kerjaya mereka.

“Saya pernah berkhidmat dalam Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum saya menyertai Singapura, jadi saya rasa tidak ada isu untuk tidak berkhidmat kepada Malaysia. 

“Selain itu, ketua jurulatih basikal trek, John Beasley turut menasihatkan untuk menyertai pasukan Asia Tenggara lain kerana Josiah ( Ng) juga pernah berkhidmat di Thailand sebelum ini.” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI