fbpx

Dua pelajar maut minum air berkarbonat campur spirit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Botol 'Spirit' yang dibeli pelajar sebelum dicampurkan dengan minuman bikarbonat. - Foto ihsan polis

KOTA KINABALU – Dua pelajar tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di Pitas yang sebelum ini dilaporkan kritikal kerana keracunan metanol disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, kedua-dua pelajar berusia 17 tahun itu disahkan meninggal dunia pada Rabu dan Khamis lalu di Hospital Queen Elizabeth (QHE1) dan QHEII.

“Kematian pelajar pertama dilaporkan pada pukul 4.08 petang, Rabu manakala pelajar kedua pada pukul 4 petang, Khamis lalu.

“Punca kematian adalah disebabkan kegagalan fungsi pelbagai organ disebabkan keracunan metanol.

“Mayat kedua-dua pelajar itu tidak perlu dibedah siasat memandangkan punca kematian telah diperoleh. Mangsa maut ketika menerima rawatan. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan, seramai melaporkan dua pelajar tingkatan lima kritikal manakala 18 lagi rakan mereka menerima rawatan di hospital selepas minum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit.

Difahamkan, pelajar berkenaan secara beramai-ramai meminum minuman itu sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan metanol pada 6 Jun lalu.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan seramai 20 pelajar mengalami keracunan metanol.

Dua pelajar yang kritikal itu memerlukan bantuan pernafasan dan masing-masing dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HQE1 dan HQEII. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI