fbpx

Pelajar pondok dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Chamang di Bentong hari ini.

BENTONG – Program perkhemahan sekumpulan pelajar sebuah pondok pengajian agama di kawasan Air Terjun Chamang di sini bertukar tragedi apabila seorang pelajar dikhuatiri lemas hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu mangsa, Muhamad Akmal Husni Muhamad Ridzuan,19, hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di air terjun berkenaan.

Difahamkan seramai 15 pelajar Pondok Bustanul Ashrafiah Tanjung Malim, Perak menyertai program perkhemahan selama empat hari di kawasan air terjun berkenaan bermula semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.30 pagi melakukan operasi awal dengan kaedah pencarian di permukaan.

“Pasukan bomba membuat operasi mencari dan menyelamat di sekitar kawasan kejadian sementara menunggu ketibaan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba Bukit Angin,” katanya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI