fbpx

Pakej ‘kayangan’ haji RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi (tengah) memperkatakan sesuatu kepada petugas PJH ketika ditemui di pejabatnya di Abraj Al-Janadriyah, Mekah baru-baru ini.

MEKAH – Ahli perniagaan, politik, selebriti dan pesara merupakan sebahagian daripada 8,532 jemaah yang mengerjakan haji menggunakan pakej syarikat pelancongan berlesen dengan Tabung Haji (TH) berharga antara RM43,000 hingga RM250,000 musim ini.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH), Mohd. Zawawi Bostam berkata, sebanyak 22 buah syarikat pengendali umrah termasuk TH Travel diberikan lesen pada tahun ini untuk menjadi pengelola jemaah haji selepas memenuhi syarat kelayakan yang ketat.

Katanya, syarikat itu akan dipantau setiap masa dari segi perkhidmatan dan layanan bagi memastikan mereka melakukannya mengikut apa yang telah dipromosikan pada karnival PJH sebelum ini.

“Seramai 25 anggota PJH ditugaskan untuk membuat pemantauan ke atas mereka ini yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu dua di Mekah dan satu di Madinah.

“Tahun ini PJH membawa 27 peratus daripada jumlah keseluruhan 31,600 jemaah haji iaitu peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun sebelumnya yang mungkin disebabkan keyakinan jemaah selepas pandemik dan promosi yang dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Selain itu menurut Mohd. Zawawi, pakej rahmah di bawah RM50,000 juga memainkan peranan untuk menarik minat jemaah menggunakan PJH.

Tambahnya, ia juga kemungkinan harga pakej itu tidak jauh bezanya dengan yang ditetapkan muassasah TH manakala tempoh berada di Tanah Suci pula antara 40 hingga 44 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI