fbpx

Jual air terawat pada Pulau Pinang tiada kaitan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani ketika berucap pada Majlis Sambutan Setahun Perak Sejahtera 2030 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Kesediaan kerajaan Perak untuk mempertimbangkan permohonan Pulau Pinang bagi membeli air terawat dari negeri ini tidak mempunyai kaitan dengan sebarang elemen politik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menegaskan, mana-mana negeri juga boleh membeli air terawat dari Perak namun ia bergantung kepada kecukupan keperluan domestik.

“Bukan sahaja Pulau Pinang, mungkin kalau negeri Selangor mahu beli, kita pun akan jual tetapi dengan syarat tertakluk kepada cukup tak (air) untuk orang Perak.

“Ia tiada kena mengena dengan kerajaan Perpaduan dan DAP, tiada kena mengena pun dengan parti.

“Kalau kerajaan Kelantan tiada air dan mahu beli (air terawat), kita juallah. Bayar jangan tak bayar,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Sambutan Setahun Perak Sejahtera 2030 di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Razman Zakaria yang meminta kerajaan negeri berpegang kepada pendirian untuk tidak menjual air Perak kepada Pulau Pinang.

Razman yang juga Ketua Pembangkang mengingatkan Menteri Besar agar menyelesaikan isu dan keperluan air di Perak terlebih dahulu seperti mana yang telah diperkatakan beliau ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI