fbpx

Chuu duta ‘buah prun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHUU

PENCAPAIAN baharu diraih oleh penyanyi Chuu apabila dipilih menjadi duta baharu makanan sihat untuk jenama, Taylor Farms.

Menurut ketua pasukan pemasaran Taylor Farms, Cha Jang-eun menyifatkan penampilan Chuu sebagai daya tarikan untuk mempromosikan jenama mereka.

“Chuu dipilih sebagai duta kerana mempunyai daya tarikan yang segar dan menyerlah.

“Kami rasa dia amat sesuai dengan imej yang menawan untuk mempromosikan jenama Taylor Farms,” katanya.

Selepas dibuang daripada kumpulan Loona, Chuu dipilih menjadi wajah baharu Taylor Farms iaitu jenama buah prun organik untuk melegakan sembelit dan membantu menurunkan berat badan.

Iklan pertama bagi jenama tersebut menumpukan kepada kempen menurunkan berat badan sambil Chuu membincangkan faedah meminum produk berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI