fbpx

Momo kini ‘sebaris’ Gigi Hadid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Momo kini sebaris Gigi Hadid apabila dilantik duta jenama mewah, Miu Miu.

REZEKI mencurah-curah buat penyanyi kumpulan Twice, Momo yang kini dipilih sebagai duta kepada jenama mewah Itali iaitu Miu Miu.

Penyanyi wanita itu tampil menggayakan beg tangan koleksi terbaharu Miu Miu, Arcadi, baru-baru ini.

Penglibatan Momo sebagai duta jenama mewah tersebut sekali gus menandakan jenama global itu melakukan langkah berani ke arah mewujudkan identiti jenama yang segar dan kontemporari.

Selain Momo, selebriti antarabangsa seperti Gigi Hadid turut terlibat dalam kempen mempromosikan koleksi terbaharu jenama mewah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI