fbpx

Seludup 3,360 kg limau kasturi dalam kontena pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Maqis Selangor menunjukkan limau kasturi yang dirampas di Pelabuhan Barat, Klang.

KLANG – Taktik sebuah syarikat pemborong hasil pertanian membawa masuk 3,360 kilogram (kg) buah limau kasturi tanpa permit yang dicampurkan bersama pisang gagal selepas ditahan pihak berkuasa di Pelabuhan Barat, baru-baru ini.

Penahanan kesemua barang hasil pertanian itu yang diletakkan dalam sebuah kontena dilakukan pukul 12 tengah hari pada Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, kesemua limau kasturi tersebut diimport dari Indonesia oleh syarikat yang beroperasi sekitar Lembah Klang tersebut.

Katanya, pemeriksaan pada kontena itu mendapati membawa pisang namun terdapat buah limau kasturi yang diseludup masuk.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati dagangan yang dibawa masuk itu tidak diikrar pada borang kastam dan tiada permit import Maqis.

“Semakan mendapati ini merupakan kesalahan pertama dilakukan syarikat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan turut mendapati kesemua limau kasturi bernilai RM3,525.90 yang dirampas itu adalah untuk pasaran tempatan.

Jelas Mohd. Sobri, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI