fbpx

Akaun Facebook Mat Sabu digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

PUTRAJAYA – Laman sosial Facebook rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan digodam pukul 4 petang tadi.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, laman Facebook itu tidak dapat diakses oleh kesemua pentadbir akaun.

“Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan kini sedang berusaha mendapatkan kembali akses ke akaun Facebook tersebut.

“Justeru itu sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman tersebut selepas siaran ini dikeluarkan adalah bukan daripada YB Datuk Seri atau pentadbir yang sah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI