fbpx

[VIDEO] Ghazal Untuk Rabiah versi Hoondoo, orang ramai minta bagi azan pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hoondo berjaya menawan hati rakyat Malaysia, apabila mereka telah menyampaikan lagu irama Malaysia bertajuk Ghazal Untuk Rabiah.

PETALING JAYA – Peserta duo Big Stage dari Korea Selatan, Hoondoo, berjaya menawan hati rakyat Malaysia apabila menyampaikan lagu irama Malaysia bertajuk Ghazal Untuk Rabiah, semalam.

Persembahannya itu, sekali gus memukau hati rakyat Malaysia serta juri dan berjaya meraih tempat keempat pada minggu keenam Big Stage.

Hoondoo juga kelihatan bersahaja dan tidak kekok dalam menyampaikan lagu berbahasa melayu beserta qasidah nyanyian asal penyanyi terkenal tanah air, M.Nasir dan Jamal Abdillah.

Bukan itu sahaja, Hoondoo juga turut disuruh oleh orang ramai untuk melaungkan ‘azan’ pula, disebabkan suara mereka yang memukau pada malam itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia kagum dan berpuas hati dengan nyanyian yang disampaikan oleh Hoondoo malam tadi.

“Wah, Hoondo tarik betul-betul menjadi irama Malaysia, tapi ada aura ‘Joseon’,” komen CikLIn.

“Mereka berdua ni, memang betul-betul menghayati erti setiap lirik lagu, terbaiklah mereka,” komen Annmitrenggi.

“Meremang bulu roma tengok dan dengar persembahan mereka. Memang mantap dan terbaik. Bagi sahaja mereka menang,” komen seorang pengguna TikTok.

Hoondoo sebelum ini terkenal di platform YouTube kerana sering membawakan lagu-lagu daripada penyanyi terkenal Malaysia seperti Gemuruh, dipenjara janji dan Terus Hidup. – KOSMO! ONLINE

@shauqii01 Luar biasa HoonDoo😍 #fyp #fypシ #fypage #trending #hoondoo #bigstage2023 ♬ Ghazal Untuk Rabiah – Jamal Abdillah & M Nasir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI