fbpx

Semangat perpanduan netizen Malaysia pertahan negara dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Kor Ming di laman Twitter.

PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memuji semangat perpaduan netizen ketika mengecam lawak Jocelyn Chia yang dianggap tidak sensitif dan keterlaluan dalam sebuah video di laman Twitter.

Menurut beliau, ada satu perkara positif yang boleh diambil daripada kes Jocelyn Chia.

“Hampir semua netizen, tidak kira siapapun, akan bersatu hati untuk mempertahankan negara.

“Mengapa kita tidak boleh kekalkan semangat yang sama, bukan sahaja dalam insiden ini, tetapi dalam usaha kita untuk membina semula negara? Alangkah baiknya.

“Kita boleh terus kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga dan jadikan Malaysia lebih disegani di persada dunia,” ujarnya dalam video yang berdurasi 39 saat itu.

Kini, video tersebut telah mendapat 440 sukaan dan ditonton hampir 12,900 kali.

Terdahulu, pelawak Singapura, Jocelyn Chia, telah menerima kecaman ramai apabila video komedi berdirinya, ‘Singapore vs Malaysia’ tular di laman TikTok. Selain membuat kenyataan yang menghina, Jocelyn turut menyentuh isu sensitif mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dikatanya ‘tidak mendarat’.

Sehingga hari ini, tidak ada sebarang permohonan maaf daripada Jocelyn. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI