fbpx

PAC kesal prosiding siasatan kes LCS didedahkan kepada media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kesal dengan tindakan saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan dalam isu berkaitan kapal tempur pesisir (LCS) apabila mendedahkan prosiding tersebut kepada media.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan itu bukan sahaja jelas bercanggah dengan peraturan Dewan Rakyat, malah pendedahan secara terbuka juga berisiko mengganggu siasatan.

“PAC memandang serius terhadap artikel Utusan Malaysia bertarikh 12 Jun 2023 yang bertajuk “Kurangkan kapal LCS jimat kos – Saksi” yang menyatakan Kerajaan mengambil keputusan mengurangkan pembinaan kapal tempur pesisir pantai (LCS) daripada enam kepada lima buah atas alasan menjimatkan kos.

“Artikel ini jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PM 85) yang jelas menyatakan bahawa “Keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa-siapa ahli Jawatankuasa itu, atau oleh siapa-siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul, bagi memaklumkan mengenai pelanggaran PM 85 dan memohon panduan daripada beliau berhubung isu ini.

“Pada masa sama, saya menyeru semua pihak terutamanya media massa supaya menghormati siasatan prosiding PAC dan mendapatkan kenyataan rasmi daripada PAC sendiri.

“Seperti yang telah saya jelaskan dalam sidang media PAC bertarikh 8 Jun 2023 bahawa PAC akan mengadakan sidang media mingguan setiap hari Khamis pada hari persidangan Dewan Rakyat bagi memaklumkan mengenai perkembangan prosiding PAC,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI