fbpx

Ada sebab Singapura dapat 4 hari konsert Coldplay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster konsert Coldplay di Singapura.

PETALING JAYA – Seorang pengguna di laman Twitter menjelaskan sebab Singapura kekal menjadi pilihan artis antarabangsa berbanding Malaysia.

“Jangan hairan kenapa Coldplay dapat buat konsert empat malam berturut-turut di Singapura. Kita boleh tengok macam mana mereka lakukan promosi apabila artis antarabangsa datang.

“Sebagai contoh, Billie Eilish yang datang tahun lepas dapat berkolaborasi bersama lembaga pelancongan Singapura di Cloud Forest,” terang @arfdy12 di Twitter miliknya.

Kini, hantaran tersebut telah mendapat 1,006 tanda suka dan 624 perkongsian semula,

Meninjau ruangan komen, ramai peminat Coldplay yang bersetuju dengan pendapat @arfdy12.

“Singapura faham impak sebenar yang dibawa oleh artis antarabangsa. Malaysia pula?” Kata Rafey.

“Sebab itulah pengunjung Singapura tidak pernah putus. Walaupun mahal, masih ramai ‘tourist’ (pengunjung) yang ingin melawat Singapura.

“Kalau di negara kita, itu tak boleh, ini tak boleh,” kata Belia pula.

Pada 17 Mei lalu, 80,000 tiket konsert jelajah Coldplay, Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) ‘licin’ dalam masa 3 jam.

Disebabkan permintaan yang tinggi, peminat Coldplay telah membuat satu petisyen memohon kumpulan rock popular dari Britain itu menambah satu malam konsert di Malaysia.

Namun, sehingga hari ini, belum ada apa-apa pengumuman mengenai penambahan konsert. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI