fbpx

Model perniagaan baharu galakkan pekebun, penoreh hasilkan susu getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika melawat pekebun kecil dan penoreh getah di Kampung Charok Gorok di Baling, hari ini.-Foto oleh SHAHIR NOORDIN

BALING – Kerajaan sedang mengenal pasti model perniagaan baharu untuk menggalakkan pekebun kecil dan penoreh terlibat dalam penghasilan susu getah atau lateks berbanding getah sekerap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha itu dilihat mampu dalam membantu meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

“Kalau kita lihat getah sekerap atau getah kering ini harga jualannya sekarang ini lebih kurang RM2.70 sekilogram, tetapi kalau mereka beralih kepada susu getah, harganya RM5 sekilogram.

“Tetapi bagaimana kita nak galakkan supaya mereka menghasilkan susu getah? Jadi ini model perniagaan yang kita kena lihat,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat ladang getah dan sesi Sembang Warung di Warung Kak Midah, Kampung Charok Gorok, di sini hari ini.

Kata beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, model perniagaan tersebut memerlukan penglibatan pihak industri berkaitan termasuk penggunaan teknologi tertentu.

“Kita juga kena lihat bagaimana dapat membantu (pekebun kecil) untuk beralih daripada cara konvensional kepada penggunaan teknologi dalam penghasilan susu getah.

“Kalau menghasilkan susu getah, mereka kena banyak kali pergi iaitu pertama menoreh, kedua memungut yang mana perlu dipastikan getah itu tak beku sebelum perlu masukkan di dalam balang, juga kena pastikan ia sentiasa cair,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI