fbpx

Mesyuarat RTG bincang isu Azizulhasni minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (tengah) bergambar dengan petugas media selepas merasmikan Program Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Kebangsaan di PPR Taman Bagan Jaya, Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

SEBERANG PERAI – Jawatankuasa Road to Gold (RTG) akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi mengkaji permintaan dan keperluan atlet negara susulan luahan kekecewaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terhadap Majlis Sukan Negara (MSN), baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, mesyuarat yang bakal berlangsung akan mengambil kira semua hasrat atlet yang terpilih dalam program itu.

“Keperluan dan kemahuan mereka akan dikaji jawatankuasa malah saya telah menghubungi Azizulhasni menerusi Penyelaras Program RTG, Datuk Stuart Ramalingam susulan isu berbangkit.

“Kita akan usahakan yang terbaik untuk atlet kita bagi memastikan peluang Malaysia mendapat pingat emas cerah. Jangan risau,” katanya selepas merasmikan Program Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Kebangsaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Bagan Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kekecewaan Azizulhasni terutama melibatkan sistem sokongan sukan di Malaysia yang didakwa ‘perlahan’ hingga menjejaskan persiapannya ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, KBS melancarkan kelas zumba percuma di 12 PPR meliputi enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor sebagai usaha mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI