fbpx

Loya tekak beli nasi goreng berulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan nasi goreng dicemari ulat dibeli seorang wanita di sebuah kedai di Ampang.

PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila nasi goreng yang dibelinya di sebuah kedai di Ampang turut mengandungi ‘bahan tambahan’ iaitu ulat pada hidangan tersebut.

Video itu dikongsikan menerusi akaun TikTok @Misz’azura sekali gus mengundang maklum balas daripada orang ramai yang turut berasa loya dengan nasi goreng dicemari ulat.

“Perhatikan betul-betul, nampak tak? Entahlah nak cakap apa, baik masak di rumah terjamin kebersihannya. Orang Ampang mesti tahu kedai mana, sebab popular sangat kedai ni,” katanya pada hantaran itu.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang beranggapan kedai tersebut menggunakan ayam lama yang telah dicemari.

“Biasa kalau ayam berulat ni, dia orang ‘recycle’ ayam nak jimat daripada dibuang,” komen Deen’s98.

“Itukan resepi penambah selera, cuma perlu makan dan nikmati,” seloroh @iman02.

“Meremang bulu roma tengok benda alah ni merayap,” komen Witizaajfk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI