fbpx

‘Segulai Sejalai’ diangkat sebagai cogan kata perpaduan negara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Sambutan Gawai Dayak peringkat Kebangsaan di BCCK semalam.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat ‘Segulai Sejalai’ sebagai cogan kata perpaduan dalam mengukuhkan keharmonian pelbagai kaum dan agama di seluruh negara.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau tertarik dengan cogan yang membawa maksud ‘Bersama Untuk Perpaduan’ itu ketika menghadiri Sambutan Gawai Dayak peringkat Kebangsaan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) semalam.

“Sewaktu majlis ini saya amat tertarik dengan cogan kata Segulai Sejalai atau Bersama Untuk Perpaduan yang digunakan di Sarawak untuk sambutan Hari Gawai ini.

“Cogan kata ini telah saya angkat sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara dan ia juga bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya di sini.

Ujarnya, sudah tiba masanya rakyat khususnya di Semenanjung untuk belajar dari Sarawak bagaimana perpaduan di antara pelbagai kaum dapat digunakan untuk membina negara.

“Ia juga seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang perlunya semangat perpaduan dipupuk, dan tidak menimbulkan isu-isu yang boleh memecahbelahkan masyarakat,” jelasnya.

Pada majlis berkenaan juga, Anwar turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM10 juta kepada kerajaan Sarawak untuk inisiatif pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI