fbpx

Mekanik maut, Perodua Kancil rempuh belakang jentolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Kancil dinaiki Muhammad Amir Izuan yang merempuh belakang sebuah jentolak di Kampung Buluh Gading, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 3 petang itu, mangsa, Muhammad Amir Izuan Sulong, 28, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini dari tempat kerjanya di Kampung Pengkalan Setar, Kuala Terengganu.

“Kenderaan dinaiki mangsa dikatakan telah hilang kawalan sebelum terbabas merempuh belakang sebuah jengkaut. Sewaktu kejadian, jengkaut itu sedang melakukan kerja-kerja membaiki jalan,” katanya di sini, hari ini.

Wan Mohd. Zaki berkata, impak rempuhan tersebut menyebabkan kereta Perodua Kancil dinaiki Muhammad Amir Izuan remuk teruk.

Tambah beliau, mayat lelaki itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI