fbpx

Isteri tidak mengaku pukul, ugut bunuh suami guna pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazmira (dua dari kanan) ketika di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini. - Foto oleh AINSAFRE BIDIN/KOSMO!

TELUK INTAN – Seorang isteri mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas suami dan mengugut membunuhnya di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Nor Fazmira Kamaruss, 28, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret T. Ashvinii dan meminta untuk dibicarakan.

Sebutan semula kes bagi serahan dokumen ditetapkan pada Rabu hadapan, dengan wanita itu dibenarkan membayar ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 yang dibacakan bersama dengan 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh berhadapan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Fazmira juga berhadapan hukuman penjara dua kali ganda panjang dari tempoh maksima pemenjaraan untuk kesalahan di bawah seksyen yang berkaitan.

Dia juga dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan, yang mana hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Farriz Minarwan Basrudin berkata, Nor Fazmira bertengkar dengan suaminya, Haziq Abd. Rahim, 29, di rumah mereka ekoran masalah rumah tangga yang dihadapi.

“Wanita itu kemudiannya mengacukan pisau kepada suaminya sebelum menumbuk Haziq di bahu kanan selain menendang lutut kaki kanannya.

“Haziq bagaimanapun tidak membalas perbuatan Fazmira yang turut membuat ugutan berunsur jenayah terhadapnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI