fbpx

Giliran Galtier terima nasib dipecat PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GALTIER menjadi mangsa terbaharu dipecat oleh PSG biarpun membantu kelab itu menjuarai Ligue 1. – AFP

PARIS – Kelab gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan telah membuat keputusan untuk memecat ketua jurulatih, Christophe Galtier meskipun baru sahaja membantu pasukan menjulang trofi liga minggu lalu.

Galtier yang telah dilantik sebagai pengendali pada tahun lepas gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan khususnya apabila tewas memalukan kepada Ba­yern Munich pada peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Menurut sumber, keputusan itu telah dibuat oleh Pengarah Sukan PSG, Luis Campos pada awal minggu ini selepas mendapat kelulusan daripada pengurusan tertinggi dan kini hanya menunggu pengesahan lanjut daripada pihak kelab.

Difahamkan, PSG menjadikan bekas pengendali Bayern, Julian Nagelsmann sebagai calon utama untuk mengisi kekosongan Gal­tier sekali gus memulakan revolusi baharu pasukan bermula musim depan.

Nagelsmann dilaporkan meletakkan syarat utama kepada pengurusan PSG untuk melantik bekas pemain legenda Perancis, Thierry Henry sebagai penolong jurulatih dan ‘orang kanannya’ bagi kempen baharu nanti.

Situasi ini disebabkan pengaruh besar Henry dalam arena bola sepak Perancis selain hubungannya yang baik dengan beberapa pemain bertaraf bintang kelab itu seperti Kylian Mbappe dan Neymar.

PSG kini dalam fasa per­alihan apabila dua pemain utama pa­sukan, Lionel Messi dan Sergio Ramos sah meninggalkan kelab itu apabila kontrak mereka yang ber­akhir pada musim ini tidak disambung. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI